SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU FARIZA... SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI AKAN MENDAPAT MANFAAT YANG BERSAMA..

Isnin, 9 September 2013

TOPIK 2 : SUSUNAN AYAT SONGSANG

TOPIK 2 : SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.
  • Pendepanan seluruh predikat.

  1. Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
  2. Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
  3. Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
  4. Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
  5. Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
  6. Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

  • Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b)      Pendepanan Frasa Adjektif
                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                                Ramli rajin. (susunan biasa)
                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.

Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)

3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

LATIHAN KOMSAS TINGKATAN 4

Sila amati video dibawah.




Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan video yang anda tonton diatas.

(a)                Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
    [ 7 markah ]

(b)        Nilai kasih sayang merupakan nilai yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.

 [ 8 markah ]

(c)                Permulaan sesebuah novel memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca terhadap novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda pelajari huraikan dua peristiwa yang terdapat pada bahagian permulaan novel tersebut.
[7 markah]

(d)        Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut.  
 [8 markah]

PERMAINAN BAHASA




Ahad, 8 September 2013

TOPIK 1 : AYAT TUNGGAL


AYAT TUNGGAL.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.

SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)       Frasa nama sebagai subjek.
i.                     Tan Kong Joo pelajar sekolah.
ii.                   Buah itu masam.
iii.                  Ibunya sakit.
iv.                 Motosikalnya telah rosak.
v.                   Balai raya ini untuk orang ramai.

(b)      Kata ganti nama diri sebagai subjek.
i.                     Dia anak bongsu.
ii.                   Beliau guru saya.
iii.                  Dia adik Ragunathan.
iv.                 *Itu Bank Rakyat.
v.                   *Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

(c)       Kata kerja sebagai subjek.
i.                     Membaca buku ialah hobinya.
ii.                   Bersenam dapat menyihatkan badan.
iii.                  Menyanyi ialah kerjayanya.
iv.                 Mencuri perbuatan yang salah.
v.                   Minum air boleh menghilangkan dahaga.

(d)      Kata adjektif sebagai subjek.
i.                     Cergas bermakna badan sihat.
ii.                   Hijau warna kesukaannya.
iii.                  Harum bau bunga melur itu.
iv.                 Tamak ialah amalan yang keji.

PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a)       Frasa nama sebagai predikat
i.                     Encik Zulkifli pegawai polis.
ii.                   Kakaknya doktor mata.
iii.                  Bangunan itu kediamannya.
iv.                 Bilik itu stor barang.

(b)      Frasa kerja sebagai predikat
i.                     Dia makan mi goreng.
ii.                   Anjing itu menyalak musuh.
iii.                  Mereka tidur.
iv.                 Adiknya menangis.

(c)       Frasa adjektif sebagai predikat
i.                     Keropok ini sangat rangup.
ii.                   Rumah itu sangat besar.
iii.                  Abangnya sangat bijak.
iv.                 Budak itu baik sungguh.

(d)      Frasa sendi nama sebagai predikat.
i.                     Buku ini untuk adik.
ii.                   Ayah ke Kuala Lumpur.
iii.                  Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
          iv.                 Wajahnya seperti bintang terkenal itu.